Don't Study To Earn, Study To Learn And What You Learn Today Is What You Will Become Tomorrow |
E-portfolio merupakan satu bentuk portfolio yang dihasilkan menggunakan teknologi digital secara online. E-portfolio dapat digunakan untuk menunjukkan perkembangan diri dan pengetahuan individu. Dalam dunia pendidikan, e-portfolio amat berguna kepada guru mahupun pelajar. Guru boleh menggunakan e-portfolio sebagai medium pengajaran manakala bagi pelajar, ia boleh digunakan untuk menyimpan bahan pembelajaran dalam menerangkan perkara-perkara yang telah dipelajari.
Untuk e-portfolio, terdapat beberapa elemen yang penting iaitu organize, reflect, socialize, create, achieve, publish, feedback dan edit. Pengguna boleh membina e-portfolio sendiri yang merangkumi semua maklumat peribadi. Selain itu, semua maklumat boleh dimasukkan dalam portfolio tersebut sama ada dalam bentuk penulisan ataupun gambar dan video. Maklumat yang dikongsi dalam e-portfolio boleh diberi komen oleh pembaca untuk penambahbaikan ataupun sebagai perbincangan. Di sini, wujudlah interaksi sosial antara satu sama lain. Justeru itu, melalui e-portfolio, pengguna boleh berkongsi maklumat atau pandangan yang bakal memberi informasi dan idea kepada pengguna. Boleh dikatakan juga melalui e-portfolio, semua maklumat yang disediakan bukan lagi seperti zaman dulu yang dibuat dalam fail biasa yang berisiko tinggi untuk hilang. Semua pengendalian maklumat adalah terletak di hujung jari sendiri dan boleh ditambah ataupun diakses pada bila-bila masa. Maklumat Lanjut boleh dirujuk di sini
0 Comments
Leave a Reply. |